KESILAPAN-KESILAPAN DAN KECUAIAN YANG SERING DILAKUKAN OLEH MURID-MURID SEMASA MENJAWAB SOALAN MATEMATIK
1. Tanda Operasi
· Salah letak tanda operasi seperti + diletak – dan sebaliknya
2. Salah Melihat Nombor
· Lain nombor dan soalan lain pula yang disalin
· Masalah pancaidera
3. Salah Menyalin Soalan Ke Bentuk Lazim
· Lalai dan tidak berhati-hati
4. Tidak Habis Menyalin Soalan Ke Bentuk Lazim
· Soalan dalaim tiga nombor tetapi disalin nombor dua sahaja.
5. Operasi Bercampur
· Tidak selesaikan yang harus didahulukan dan yang mana dikemudiankan.
· Peringatan : BODMAS
6. Tidak Membaca Soalan
· Malas atau terlalu yakin (ambil mudah)
7. Tidak Meneliti Gambar RajahYang Diberi
· Lalai, gopoh dan tidak berhati-hati
8. Salah Tafsir Soalan
· Lain yang dikehendaki soalan, lain yang diberi jawapan
9. Salah Tempat Jawapan
· (khas untuk lukis gambar rajah)
· Lukis di luar petak yang dikhaskan
10. Tidak Letak Titik Perpuluhan
· Lalai dan cuai
· Sikap gopoh dan tidak semak jawapan
11. Tempat Sen Dan Ringgit Salah Letak
· Cuai dan lalai
· Tidak semak jawapan
12. Tidak Ingat Sifir Dan Tidak Boleh Membina Sifir
13. Tidak Menukar Unit
· Tidak membaca arahan
· Cuai dan gopoh